Alhamdulillah... Semalam pada 31hb Mei 2011, selesai membekam empat orang sahabat saya di Perumahan Peramu, Pekan Pahang. Kebanyakan mereka adalah kali pertama berbekam. Pada asalnya hanya tiga orang sahaja ingin berbekam, alhamdulillah setelah melihat teknik bekam, maka seorang lagi bersetuju untuk berbekam.
Sebanyak 7 titik bekam yang digunakan iaitu 1 titik di antara dua bahu (Menerangkan pandangan, Membuang Racun, Kudis & Bisul Di Mata) , 2 titik di bahu (Menormalkan tekanan darah, Asid Uric Berlebihan, Kolestrol, Payah Mengawal Emosi, Angin, Reda sakit di Bahu & Leher) , 2 titk di pinggan (Membaiki Fungsi Buah Pinggang, Sakit Pinggang, Masalah Perut) dan 2 titik di daerah belikat (menormalkan kerja jantung & pernafasan). Setiap satu sesi memakan masa 45 minit.
0 ulasan:
Catat Ulasan