Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image
SELAMAT DATANG >::Terima kasih kerana mengunjungi blog ini.Sebarang Komen amat kami alu-alukan::. > ::Semoga anda berpuas hati dengan perkhidmatan kami::-> ::Perkidmatan : Isnin Hingga Ahad Kecuali Rabu::Makluman : Blog ini dalam penambahbaikan,segala pengisian & maklumat dalam blog ini akan kami tambah dari masa ke semasa::.

PENGAJIAN DIPLOMA PERUBATAN ISLAM BERSANAD DARUL ANSAR

  • Selasa, 28 Januari 2014
  • Ibnu Muhammad



  • Jom sertai
    PENGAJIAN DIPLOMA 
    PERUBATAN ISLAM BERSANAD 
    DARUL ANSAR
    ( PERTAMA DI KELANTAN )

    PENDAFTARAN KINI DI BUKA BAGI SESI 2014


      
    Merupakan Persatuan Perubatan Islam yang berdaftar dalam Gabungan Persatuan Pengamal Perubatan Islam Malaysia (Gappima) di bawah kawalan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin membantu masyarakat dan menyediakan perkhidmatan perubatan alternatif dengan kaedah perubatan islam dan tradisional berlandaskan Al-Quran, As-Sunnah Dan Ulama' Silam agar mereka tidak terjebak kepada perubatan yang lari dari hukum syarak dan sesat.



    Kursus ini akan dikendalikan oleh 
      Syeikh Hj Muhammad Rajab Bin Abd Halim Al Idrisi,              
    Ijazah Syariah Islamiah Universiti Al Azhar, Mesir 
    merupakan 
    PENGASAS PERSATUAN PERUBATAN ISLAM DARUL ANSAR MALAYSIA.

    Sukacitanya dimaklumkan bahawa pihak Darul Ansar telah membuka keahliannya dan pengambilan pelajar Diploma Pengubatan Islam Darul Ansar sesi 2014 kepada individu-individu yang berminat dan syarat-syaratnya adalah:

    • Terbuka kepada semua orang Islam lelaki dan perempuan.
    • Berumur 18 tahun dan k e atas.
    • Beraqidah dengan Ahlu Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) 
    • Sihat akal dan menjalankan perintah Allah dan Rasul-Nya.
    • Menutup Aurat dan berakhlak.
    • Bagi peserta muslimah diwajibkan mendapat kebenaran bertulis daripada suami atau ibu bapa yang belum berkahwin.
    • Bersedia mengikuti kuliyah pengajian selama setahun.
    • Bersedia membayar yuran pengajian yang telah ditetapkan.
    Sekiranya anda mampu dengan syarat-syarat tersebut, maka anda layak untuk menyertai pengajian ini.


    Siapakah yang harus mengikut
     Kursus Perubatan Islam ini ?
    1.     Pesakit yang terlalu kerap ada gangguan sihir, jin atau saka ,dll
    2.     Para Ibubapa, Guru,Ustaz, Ustazah dan sesiapa yang berminat.
    3.     Ingin belajar dan mendalami ilmu perubatan mengikut kaedah islam
    4.     Ingin menjadi perawat Perubatan Islam
    5.     Ingin membantu dan berbakti kepada masyarakat
    6.     Ingin membuka Pusat Rawatan Islam dan sebagainya.

         Kelebihan kursus ini ?

    1.     Amalan bacaan Al Quran
    2.     Amalan zikir , hizib muktabar yang berijazah dan mempunyai sanad
    3.     Teknik merawat diri dan orang lain
    4.     Pelbagai kaedah dalam perubatan islam
    5.     Mengetahui perbezaan antara rawatan islam atau tidak
    6.     Mengetahui punca penyakit daripada emosi,sihir,penyakit ain atau penyakit zahir.
    7.     Pelbagai ilmu perubatan islam yang belum kita ketahui.
    8.     Persatuan akan mengeluarkan sijil tauliah kepada peserta setelah tamat kursus selama 1 tahun.
    9.     Majlis konvokesyen pada setiap tahun dari pelajar seluruh Malaysia.
    10.  Pelbagai aktiviti kuliyyah ceramah , ijazah amalan tertentu bersanad
    11. Aktiviti rawatan pesakit,rumah serta aktiviti praktikal semasa ke semasa.



    MODUL WAJIB KULIYAH DIP. PENGUBATAN ISLAM DARUL ANSAR

    1.             Hakikat Kejadian Jin, Sihir & Jalan Pengubatannya.
    2.             Rawatan Penyakit Sihir, Santau & Saka Menurut Syariat.
    3.             Rawatan Penyakit ‘Ain, Pukau & Ilmu Tenung.
    4.             Rawatan & Benteng Kediaman Daripada Jin & Syaitan.
    5.             Kelebihan Surah Mustajab & Ayat Pilihan.
    6.             Kaedah Rawatan Penyakit Dengan Doa.
    7.             Kelebihan & Rawatan Melalui Zikir Pilihan.
    8.             Bekam Sunnah & Kaifiyyat Pengubatannya.

    Pelajar yang Berjaya melengkapkan kesemua modul di atas akan menjalani ujian tasmi', ujian bertulis dan tugasan. Pelajar yang lulus semua ujian layak untuk menerima Ijazah Dip. Pengubatan Islam Darul Ansar dengan Sanad yang sampai kepada Rasulullah SAW.

    Pengajian diajar sepenuhnya oleh Al-Musnid Syeikh Muhammad Rajab Akmal Al-Idrisi dan dibantu dengan beberapa pensyarah yang lain.

    Pengambilan pelajar masih dibuka bagi kesemua negeri terutamamya dibeberapa cawangan baru Darul Ansar di Kelantan. Jangan lepaskan peluang!!!
      

    _
    ( HARI ISNIN )
    KELAS : 1 X SEBULAN
    ( ISNIN MINGGU KETIGA )
          JAM : 7 PETANG - 11 MALAM

    <KELAS BULAN KEDUA AKAN BERMULA PADA 21 APRIL 2014>

       PENDAFTARAN :
    RM 150 

    BUKU TEKS WAJIB KULIAH :
    RM 120 ( SEKALI BAYAR/ 3 KALI BAYARAN)

         YURAN BULANAN + MAKAN MALAM  : 
    RM 150
    ( YURAN BOLEH DIBAYAR UNTUK SETAHUN TERUS ( digalakan )
    ATAU 2 KALI BAYARAN ATAU BULANAN )


                BERTEMPAT DI :
           NO. 2864-A, TINGAT SATU, WISMA ALHIKMAH,
    PUSAT DAKWAH ISLAMIAH ABIM NEGERI KELANTAN,
    TANJUNG MAS, JALAN PENGKALAN CHEPA,
    15400 KOTA BHARU KELANTAN

    PENDAFTARAN
    Sila Sms<Daftar Dip.PI> <NAMA> < No. Tel> anda Ke : 0199242519


    layari :

    http://darulansarmalaysia.blogspot.com/

    http://www.darulansar.com.my

    0 ulasan:

    Catat Ulasan