Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image
SELAMAT DATANG >::Terima kasih kerana mengunjungi blog ini.Sebarang Komen amat kami alu-alukan::. > ::Semoga anda berpuas hati dengan perkhidmatan kami::-> ::Perkidmatan : Isnin Hingga Ahad Kecuali Rabu::Makluman : Blog ini dalam penambahbaikan,segala pengisian & maklumat dalam blog ini akan kami tambah dari masa ke semasa::.
Memaparkan catatan dengan label J. Coretan Rawatan Dan Pengalaman. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label J. Coretan Rawatan Dan Pengalaman. Papar semua catatan

BEKAM FREE KEMBALI !!!!!

  • Jumaat, 1 Mei 2015
  • Ibnu Muhammad
  • Label: ,





















  • BEKAM PERCUMA????

    BAGAIMANA CARANYA????

    HAAAA.... MEH SINI AMBO NOK ROYAK (meh sini saya bagitahu)...

    IKUTI LANGKAH DIBAWAH INI

    LANGKAH 1 : "PRINT" POSTER NI..

    LANGKAH 2 : BUAT TEMUJANJI BILA NAK MAI

    LANGKAH 3 : BAWA 5 ORANG KAWAN ANDA MAI BERBEKAM ( SORANG2 PONG XPE.. SEKALIS GUS 5 ORANG PON XPE)

    LANGKAH 4 : 1 ORANG KAWAN ANDA = 1 COP AKAN DICOP DALAM BULATAN POSTER YANG ANDA CETAK TU..

    LANGKAH 5 : DAH SEMUA DICOP KELIMA2 BULATAN DALAM POSTER ANDA TU.... JENG..JENG..JENG... ANDA DAPAT 1 PAKEJ TERAPI BEKAM FREE... 


    JOM... CEPAT2,... PROMOSI BERMULA 1 MEI HINGGA 30 MEI INI SAHAJA!!!!

    SAPE BAWAK POSTER NI SELEPAS 30 MEI.. MAKA PROMOSI NI DAAA ABISS!!!

    Pakej PROMOSI

  • Ahad, 24 Februari 2013
  • Ibnu Muhammad
  • Label:
  • PROMOSI BEKAM !!!! ... BERMULA 25HB MAC SEHINGGA 5HB APRIL 2013 !!! 
    :::: POTONGAN RM 5 BAGI SETIAP PAKEJ ::::


















    * KLIK PADA GAMBAR UNTUK GAMBAR YANG JELAS ^_^

    Jika berminat , boleh Klik DISINI

    Catatan Pengalaman & Perawatan V3

  • Rabu, 12 September 2012
  • Ibnu Muhammad
  • Label: ,
  • Salam Aidilfitri dan Salam Kemerdekaan Ke- 55.

    Alhamdulillah, apakhabar semua pembaca blog ALHIJAMAH KEMBARA HIKMAH, Agak lama tidak menulis dan mencoret catatan dalam blog ini, InsyaAllah semoga lepas ni dapat komitmen menulis dengan lebih baik lagi ^___^ . Hari ni masuk Syawal ke 26, mood raya masih lagi dirasai dengan banyak rumah terbuka… hari ni sahaja da dekat 3 jemputan… hehehehe makan free la jawapannya. Namun, Puasa 6 bagaimana? Tak selesai lagi ke? Kalau tak selesai lagi… cepat-cepatlah kerana Syawal dah tinggal beberapa hari lagi. Semoga kita sempat dapat pahala Puasa 6 dalam bulan Syawal.

    Alhamdulillah, sepanjang Ramadhan baru ni aktiviti berbekam tidak dilalukan.. diganti dengan melibatkan diri dengan aktiviti kemasyarakatan.. dapat gak membantu masyarakat dengan aktiviti Sekampit Beras – Program anjuran ABIM Kelantan, menyalurkan sumbangan kepada warga miskin di seluruh Kelantan. Begitu bermakna kerana dapat merasai kesusahan warga miskin terutamanya di Pos Orang Asli Gua Musang. Semoga segala usaha yang dilalukan mendapat keberkatan dan kerahmatanNya.

    Selepas Raya barulah bermula aktiviti rawatan berbekam, Cuma kali ini bersama dengan kaedah baru… Perawatan Akupunktur + Bekam. Setakat ini Alhamdulillah sesi akupunktur telah dilakukan secara permulaannya kepada dua orang. Akupunktur ini lebih kepada perawatan untuk melancarkan darah. Kemudian di susuli dengan berbekam. Kali ini bekam adalah untuk merawat resdung.






    Akupunktur Untuk Melancarkan Perjalanan Darah

    Sebanyak 9 titik khas dicucuk dengan jarum akupunktur. Titik yang digunakan adalah 1 titik di tengah-tengah kepala, 2 titik iaitu titik LI4 & LI11 di kedua-dua tangan dan siku dan 2 titik iaitu 1 titik dekat buku lali dan 1 titik LV3 di kedua-dua belah kaki. Masa yang diambil untuk akupunktur adalah minimum 30 minit. Biasa kesan selepas akupunktur, akan terasa lenguh-lenguh di tempat yang dicucuk adalah disebabkan oleh tindakbalas ransangan keatas titik tersebut. Ransangan yang dihasilkan ini akan menyembuh dan melancarkan peredaran darah. Leguh-lenguh ditempat akupunktur biasa akan terasa dan mengambil masa 3 hingga 7 hari. Untuk menghilangkan lenguh-lenguh tersebut, boleh urut lembut-lembut dengan minyak but-but di tempat tersebut. Selain itu, banyakkan minum air dan ambil herba Pelawas dan Tuju Angin jika terasa di titik LI kerana titik tersebut adalah berkaitan dengan usus besar. Untuk mendapatkan hasil yang baik, perawatan akupunktur akan diulangi selang 3hari atau seminggu.   

    Bekam Resdung.

    Bekam resdung dilakukan pada bahagian muka iaiti di sebelah hidung kiri dan kanan dan di atas kening, 2 titik di bawah tengkuk belakang dan 1 titik tengah-tengah antara dua bahu (titik sunnah kahil & akhdain). Biasa dilalukan sebanyak 3 kali sedutan darah dan masa yang diambil untuk perawatan bekam adalah selama 45 minit. Selepas bekam, kesan bekam akan mengambil masa 3 hingga 7 hari untuk hilang, bergantung kepada tubuh individu yang dibekam. Untuk kesan yang baik, selepas bekam, amalkan herba Coscinium Plus & Teh ALG (Boleh didapati di Stokis HPA). Herba Coscinium Plus & Teh ALG adalah khas untuk penyakit resdung.

    Salam Aidilfitri

  • Isnin, 20 Ogos 2012
  • Ibnu Muhammad
  • Label:




  • Siri Catatan Pengembaraan - Ekspidisi Akupuntur Arau 2012

  • Ahad, 1 Julai 2012
  • Ibnu Muhammad
  • Label: ,
  • Assalamualaikum dan salam sejahtera, Alhamdulillah.. dapat kembali menulis coretan pengalaman di dalam blog alhijamah-kembarahikmah.blogspot.com ini. Dengan izinNya, pada tanggal 29hb Jun, bermulalah pengembaraanku ke negeri paling utagha di semenanjung ni... Perelih... indra kayangan... opss... terloghat utagha plak... Perlis Indera Kayangan. Sebenarnya pengembaraan ini luar jangkaanku sebab boleh dikatakan persediaan ke sana sebenarnya zero @ kosong dan tidak berharap untuk ke sana kerana memandangkan ada beberapa kerja yang perlu diselesaikan, Alhamdulillah.. tanpa disangka-sangka, dengan izin yang Maha Kuasa, dapat jugak meneruskan ekspidisi "solo" ku ke sana. Misi kali ini adalah untuk mempelajari salah satu dalam ilmu perubatan Jawi iaitu Akupuntur di HPA caw. Arau.

    Tiba di bandar Kangar pada jam 7.20 pagi, 30hb Jun 2012, memang suatu perjalanan yang agak lama mengambil masa kira-kira hampir 11 jam dari Kuantan Pahang. Setiba disana, aku disambut oleh, saudara Mahadi atau lebih senang dipanggil abg. mahadi @ hadi (mula2 ingatkan org Perelih tp ghupe2 ore klate kito huhuhu), Pengurus HPA cawangan Arau dan juga penganjur bagi kursus Akupuntur di HPA caw. Arau. Seorang yang sentiasa bersemangat, serba boleh dan pejuang dalam HPA (^_^).












    Aku dibawa ke HPA Caw. Arau oleh abg. hadi, Alhamdulillah.. progam masih belum bermula. Progam Kursus Asas Akupuntur bermula pada jam 9 pagi dan berakhir pada jam 6 petang. Kursus perubatan Akupuntur ini lebih tertumpu kepada Titik Meridean UB/LI (usus besar/ Large intestine) yang merupakah salah satu daripada 14 titik meridean (Fuh... 13 lagi ada... teringat masa blaja silat. Jurus pertama dari 14 jurus). Untuk masa akan datang, akanku coretkan mengenai perubatan akupuntur yang begitu unik dan salah satu cabang dan perkaitan dengan bekam yang aku pelajari sebelum ini. Kursus ini disertai hampir 50 orang yang datang seluruh semenanjung Malaysia.













    Tenaga pengajar bagi kursus ini adalah Pn. Dr. Norhayati, Herbalis & berpengalaman 7 tahun dalam bidang perubatan akupuntur. banyak penemuan dan ilmu baru yang aku temui antaranya adalah keberkesanan gabungan ilmu akupuntur & alhijamah@bekam. Kursus ini diajar secara teori dan praktikel. 
















    Semoga segala ilmu yang dipelajari mendapat keberkatan.. Jutaan terima kasih kepada semua terutamanya Abg. Mahadi & HPA caw. Arau. Tidak lupa kepada Dr. Norhayati atas ilmu yang dicurahkan... Semoga Kalian diberkati dan dirahmatiNya. Memang berbaloi-baloi... InsyaAllah semoga Allah mengizinkan Aku untuk mempelajari ilmu ini untuk sesi akan datang.. Bersama memartabatkan Perubatan Jawi & Perubatan Nabi.









    Catatan Pengalaman V2

  • Selasa, 26 Jun 2012
  • Ibnu Muhammad
  • Label:
  • Sekitar Aktiviti berbekam bulan Jun 2012 

    Alhamdulillah, setakat ini sudah menbekam & mengurut sekitar 10 orang, Bekam lebih tertumpu kepada bekam sunnah dan kebanyakan yang dibekam adalah kali pertama berbekam. Semoga Allah memberi keberkatan dan kesihatan yang baik serta sama-sama mengamalkan perubatan dan amalan sunnah Nabi SAW.

    1. Bekam pada diri sendiri ( 1 titik dikepala )

















    2. Sekitar rawatan bekam








     


















     






     

     

     

     












    Sepanjang pengalaman menjalankan aktiviti berbekam ini, kebanyakan darah toksid yang keluar adalah bergantung kepada tubuh dan gaya hidup (pemakanan, persekitaran dsb) individu yang dibekam tersebut. Jika seseorang itu mengalami lenguh-lenguh dibahu atau pinggang atau tempat0tempat tertentu, banyak darah toksid/ kotor yang keluar berbanding tempat lain. Jika seseorang itu perokok, darah kotor/toksid banyak keluar di titik tengah iaitu titik untuk jantung, papu-paru. Selepas dibekam, individu yang dibekam akan terasa ringan badan dan selesa. Semoga kita semua diberi keberkatan dan kesihatan olehNya dan bersama-sama mengamalkan perubatan Nabi.

    Coretan Pengalaman V1

  • Jumaat, 1 Jun 2012
  • Ibnu Muhammad
  • Label:
  • Alhamdulillah... Semalam pada 31hb Mei 2011, selesai membekam empat orang sahabat saya di Perumahan Peramu, Pekan Pahang. Kebanyakan mereka adalah kali pertama berbekam. Pada asalnya hanya tiga orang sahaja ingin berbekam, alhamdulillah setelah melihat teknik bekam, maka seorang lagi bersetuju untuk berbekam.

    Sebanyak 7 titik bekam yang digunakan iaitu 1 titik di antara dua bahu (Menerangkan pandangan, Membuang Racun, Kudis & Bisul Di Mata) , 2 titik di bahu (Menormalkan tekanan darah, Asid Uric Berlebihan, Kolestrol, Payah Mengawal Emosi, Angin, Reda sakit di Bahu & Leher) , 2 titk di pinggan (Membaiki Fungsi Buah Pinggang, Sakit Pinggang, Masalah Perut) dan 2 titik di daerah belikat (menormalkan kerja jantung & pernafasan). Setiap satu sesi memakan masa 45 minit.