Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image
SELAMAT DATANG >::Terima kasih kerana mengunjungi blog ini.Sebarang Komen amat kami alu-alukan::. > ::Semoga anda berpuas hati dengan perkhidmatan kami::-> ::Perkidmatan : Isnin Hingga Ahad Kecuali Rabu::Makluman : Blog ini dalam penambahbaikan,segala pengisian & maklumat dalam blog ini akan kami tambah dari masa ke semasa::.

Siri Catatan Pengembaraan - Ekspidisi Akupuntur Arau 2012

  • Ahad, 1 Julai 2012
  • Ibnu Muhammad
  • Label: ,
  • Assalamualaikum dan salam sejahtera, Alhamdulillah.. dapat kembali menulis coretan pengalaman di dalam blog alhijamah-kembarahikmah.blogspot.com ini. Dengan izinNya, pada tanggal 29hb Jun, bermulalah pengembaraanku ke negeri paling utagha di semenanjung ni... Perelih... indra kayangan... opss... terloghat utagha plak... Perlis Indera Kayangan. Sebenarnya pengembaraan ini luar jangkaanku sebab boleh dikatakan persediaan ke sana sebenarnya zero @ kosong dan tidak berharap untuk ke sana kerana memandangkan ada beberapa kerja yang perlu diselesaikan, Alhamdulillah.. tanpa disangka-sangka, dengan izin yang Maha Kuasa, dapat jugak meneruskan ekspidisi "solo" ku ke sana. Misi kali ini adalah untuk mempelajari salah satu dalam ilmu perubatan Jawi iaitu Akupuntur di HPA caw. Arau.

    Tiba di bandar Kangar pada jam 7.20 pagi, 30hb Jun 2012, memang suatu perjalanan yang agak lama mengambil masa kira-kira hampir 11 jam dari Kuantan Pahang. Setiba disana, aku disambut oleh, saudara Mahadi atau lebih senang dipanggil abg. mahadi @ hadi (mula2 ingatkan org Perelih tp ghupe2 ore klate kito huhuhu), Pengurus HPA cawangan Arau dan juga penganjur bagi kursus Akupuntur di HPA caw. Arau. Seorang yang sentiasa bersemangat, serba boleh dan pejuang dalam HPA (^_^).












    Aku dibawa ke HPA Caw. Arau oleh abg. hadi, Alhamdulillah.. progam masih belum bermula. Progam Kursus Asas Akupuntur bermula pada jam 9 pagi dan berakhir pada jam 6 petang. Kursus perubatan Akupuntur ini lebih tertumpu kepada Titik Meridean UB/LI (usus besar/ Large intestine) yang merupakah salah satu daripada 14 titik meridean (Fuh... 13 lagi ada... teringat masa blaja silat. Jurus pertama dari 14 jurus). Untuk masa akan datang, akanku coretkan mengenai perubatan akupuntur yang begitu unik dan salah satu cabang dan perkaitan dengan bekam yang aku pelajari sebelum ini. Kursus ini disertai hampir 50 orang yang datang seluruh semenanjung Malaysia.













    Tenaga pengajar bagi kursus ini adalah Pn. Dr. Norhayati, Herbalis & berpengalaman 7 tahun dalam bidang perubatan akupuntur. banyak penemuan dan ilmu baru yang aku temui antaranya adalah keberkesanan gabungan ilmu akupuntur & alhijamah@bekam. Kursus ini diajar secara teori dan praktikel. 
















    Semoga segala ilmu yang dipelajari mendapat keberkatan.. Jutaan terima kasih kepada semua terutamanya Abg. Mahadi & HPA caw. Arau. Tidak lupa kepada Dr. Norhayati atas ilmu yang dicurahkan... Semoga Kalian diberkati dan dirahmatiNya. Memang berbaloi-baloi... InsyaAllah semoga Allah mengizinkan Aku untuk mempelajari ilmu ini untuk sesi akan datang.. Bersama memartabatkan Perubatan Jawi & Perubatan Nabi.









    0 ulasan:

    Catat Ulasan