Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image
SELAMAT DATANG >::Terima kasih kerana mengunjungi blog ini.Sebarang Komen amat kami alu-alukan::. > ::Semoga anda berpuas hati dengan perkhidmatan kami::-> ::Perkidmatan : Isnin Hingga Ahad Kecuali Rabu::Makluman : Blog ini dalam penambahbaikan,segala pengisian & maklumat dalam blog ini akan kami tambah dari masa ke semasa::.
Memaparkan catatan dengan label A. Pengenalan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label A. Pengenalan. Papar semua catatan

Pengenalan Al-Hijamah ( Berbekam )

  • Khamis, 24 Mei 2012
  • Ibnu Muhammad
  • Label:

  • Bekam Sebagai Pengubatan Tertua

    Bekam sudah dikenal bangsa-bangsa purba sejak kerajaan Sumeria berdiri, sekitar 4000 tahun SM, bekam berkembang di Babilonia, Mesir, Saba’ dan Persia. Sumeria adalah daerah termasuk wilayah Irak, negeri yang mengalir sungai Eufrat dan sungai Trigis. Pada masa itu, para tabib menggunakan bekam hanya untuk mengubat raja dan kerabat diraja. Ilmu berbekam hanya diturunkan oleh tabib-tabib termasyhur kepada murid-murid terpilih.
    Di negeri Cina bekam berkembang sekitar 2500 tahun SM, sebelum kekuasanya maharaja Yao. Di sinilah bekam mula berkembang berdasarkan pada titik-titik akupunktur.






    Di Mesir, bekam ujud semenjak zaman kekuasaan Fir’aun Ramses II, kira-kira 1200 tahun SM, ujudnya berbekam secara tidak sengaja apa bila pada satu masa orang ramai terkena runtuhan batu meyebabkan kecederaan lebam dan bengkak di anggota badan, bagi mengubati bengkak bengkak, darah dikeluarkan pada bahagian yang bengkak. Setelah dikeluarkan darahnya, ternyata ramai yang merasa lega dan sembuh dari kesakitan. Semenjak itu amalan mengeluarkan darah pada bahagian sakit diamalkan oleh para tabib di sana bersama-sama dengan rawatan lain.

    Dalam melakukan bekam, para tabib berpandukan pada titik-titik tertentu di tubuh pesakit. Mereka menggunakan buku Papyrus sebagai panduan, berdasarkan pada gambaran titik-titik ath-tho’ atau at-ta’ ataupun tun, walaupun belum cukup lengkap. Rawatan berdasarkan pada titik-titik ini kemudian berkembang ke Yunani, Saba’, Romawi, Figria, Bulgaria dan Isbanji.
    Di zaman Nabi Yusuf, di Mesir terdapat kaum Israil. Diantara mereka ada yang terkenal sebagai ahli pengubatan berbekam. namun, hanya orang-orang tertentu sahaja yang berubat melalui berbekam.

    Di Persia –yakni bangsa persi merupakan bangsa yang serumpun dengan bangsa Aria, India, Yunani, Romawi, Isbanji, Jerman, maupun rumpun Aria Eropa lainnya yang hidup sekitar 3000 tahun SM- bekam berkembang bersama pengubatan fashid, yaitu pengubatan untuk mengeluarkan darah dari tubuh. Bekam juga sudah ada di daerah Suriah dan Iskandariyah bersama pengobatan fashid, kay, pembedahan, ramuan herba, tumbuh-tumbuhan laut, akar-akaran, biji-bijian, bunga dan getah-getahan.

    Di zaman Nabi Muhammad saw, bekam sudah banyak dikerjakan para sahabat bahkan menjadi sunnah dan kebiasaan mereka. Beliau selain memerintahkan umatnya untuk berubat dengan bekam, juga memberikan petunjuk tentang tempat-tempat yang sangat baik untuk dibekam. Walaupun Nabi sendiri bukan tabib, namun semua perbuatannya berdasarkan petunjuk Allah. Beliau mampu memberi tunjuk ajar kepada umatnya untuk melakukan bekam secara betul pada titik-titik bahagian tertentu.