Sekitar Aktiviti berbekam bulan Jun 2012
Alhamdulillah, setakat ini sudah menbekam & mengurut sekitar 10 orang, Bekam lebih tertumpu kepada bekam sunnah dan kebanyakan yang dibekam adalah kali pertama berbekam. Semoga Allah memberi keberkatan dan kesihatan yang baik serta sama-sama mengamalkan perubatan dan amalan sunnah Nabi SAW.
1. Bekam pada diri sendiri ( 1 titik dikepala )
2. Sekitar rawatan bekam
Sepanjang pengalaman menjalankan aktiviti berbekam ini, kebanyakan darah toksid yang keluar adalah bergantung kepada tubuh dan gaya hidup (pemakanan, persekitaran dsb) individu yang dibekam tersebut. Jika seseorang itu mengalami lenguh-lenguh dibahu atau pinggang atau tempat0tempat tertentu, banyak darah toksid/ kotor yang keluar berbanding tempat lain. Jika seseorang itu perokok, darah kotor/toksid banyak keluar di titik tengah iaitu titik untuk jantung, papu-paru. Selepas dibekam, individu yang dibekam akan terasa ringan badan dan selesa. Semoga kita semua diberi keberkatan dan kesihatan olehNya dan bersama-sama mengamalkan perubatan Nabi.
0 ulasan:
Catat Ulasan