Alhamdulillah, apakhabar semua
pembaca blog ALHIJAMAH KEMBARA HIKMAH, Agak lama tidak menulis dan mencoret
catatan dalam blog ini, InsyaAllah semoga lepas ni dapat komitmen menulis
dengan lebih baik lagi ^___^ . Hari ni masuk Syawal ke 26, mood raya masih lagi
dirasai dengan banyak rumah terbuka… hari ni sahaja da dekat 3 jemputan…
hehehehe makan free la jawapannya. Namun, Puasa 6 bagaimana? Tak selesai lagi
ke? Kalau tak selesai lagi… cepat-cepatlah kerana Syawal dah tinggal beberapa
hari lagi. Semoga kita sempat dapat pahala Puasa 6 dalam bulan Syawal.
Alhamdulillah, sepanjang Ramadhan
baru ni aktiviti berbekam tidak dilalukan.. diganti dengan melibatkan diri
dengan aktiviti kemasyarakatan.. dapat gak membantu masyarakat dengan aktiviti
Sekampit Beras – Program anjuran ABIM Kelantan, menyalurkan sumbangan kepada
warga miskin di seluruh Kelantan. Begitu bermakna kerana dapat merasai kesusahan
warga miskin terutamanya di Pos Orang Asli Gua Musang. Semoga segala usaha yang
dilalukan mendapat keberkatan dan kerahmatanNya.
Selepas Raya barulah bermula aktiviti rawatan
berbekam, Cuma kali ini bersama dengan kaedah baru… Perawatan Akupunktur +
Bekam. Setakat ini Alhamdulillah sesi akupunktur telah dilakukan secara
permulaannya kepada dua orang. Akupunktur ini lebih kepada perawatan untuk
melancarkan darah. Kemudian di susuli dengan berbekam. Kali ini bekam adalah
untuk merawat resdung.
Akupunktur Untuk Melancarkan
Perjalanan Darah
Sebanyak 9 titik khas dicucuk dengan jarum akupunktur. Titik yang digunakan adalah 1 titik di tengah-tengah kepala, 2 titik iaitu titik LI4 & LI11 di kedua-dua tangan dan siku dan 2 titik iaitu 1 titik dekat buku lali dan 1 titik LV3 di kedua-dua belah kaki. Masa yang diambil untuk akupunktur adalah minimum 30 minit. Biasa kesan selepas akupunktur, akan terasa lenguh-lenguh di tempat yang dicucuk adalah disebabkan oleh tindakbalas ransangan keatas titik tersebut. Ransangan yang dihasilkan ini akan menyembuh dan melancarkan peredaran darah. Leguh-lenguh ditempat akupunktur biasa akan terasa dan mengambil masa 3 hingga 7 hari. Untuk menghilangkan lenguh-lenguh tersebut, boleh urut lembut-lembut dengan minyak but-but di tempat tersebut. Selain itu, banyakkan minum air dan ambil herba Pelawas dan Tuju Angin jika terasa di titik LI kerana titik tersebut adalah berkaitan dengan usus besar. Untuk mendapatkan hasil yang baik, perawatan akupunktur akan diulangi selang 3hari atau seminggu.

Bekam Resdung.
Bekam resdung dilakukan pada bahagian muka iaiti di sebelah hidung kiri dan kanan dan di atas kening, 2 titik di bawah tengkuk belakang dan 1 titik tengah-tengah antara dua bahu (titik sunnah kahil & akhdain). Biasa dilalukan sebanyak 3 kali sedutan darah dan masa yang diambil untuk perawatan bekam adalah selama 45 minit. Selepas bekam, kesan bekam akan mengambil masa 3 hingga 7 hari untuk hilang, bergantung kepada tubuh individu yang dibekam. Untuk kesan yang baik, selepas bekam, amalkan herba Coscinium Plus & Teh ALG (Boleh didapati di Stokis HPA). Herba Coscinium Plus & Teh ALG adalah khas untuk penyakit resdung.

0 ulasan:
Catat Ulasan